Friday, December 21, 2012

BERSYUKURLAH...



Ramai manusia di luar sana kurang bersyukur dengan apa yang mereka ada. Malahan suka mengejar keinginan mereka semata-mata kerana cemburu dengan nikmat yang ada pada orang lain. Sifat cemburu yang melampaui batas akan menyebabkan timbulnya hasad dengki untuk menghancurkan mana-mana pihak yang dicemburui kelebihan mereka.


Sedangkan mereka tidak sedar bahawa setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangan yang telah ALLAH berikan untuk semua manusia. Yakinilah bahawa ALLAH itu maha Adil dan Bijaksana. ALLAH lebih mengetahui segalanya berbanding kita. MASYA ALLAH.

Ada seorang sahabat saya dia sering kali merendah diri dengan penampilan wajahnya yang padanya adalah tidak cantik dan tidak mampu menambat hati para manusia. Bukan itu sahaja, dia seringkali memuji-muji dan mencemburui seorang rakan saya juga yang mempunyai wajah yang cukup indah, tubuh yang amat menggiurkan dan diidamkan para manusia. Sebenarnya,mereka tidak tahu ada apa pada kecantikan wajah dan tubuh yang indah itu.

Memang tidak dinafikan, tubuh yang indah dan wajah yang menawan itu adalah anugerah dan kelebihan yang ALLAH beri pada segelintir manusia. Padahal umum mengetahui bahawa makhluk ciptaan ALLAH itu indah belaka. Tapi, kenapa sedikitpun kita tidak merasa bersyukur? Tahukah kau, apabila wajahmu dan bentuk tubuhmu tidak dipandang oleh manusia itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh kecantikan mereka?


Tahukah engkau bahawa kurang cantik itu mampu menyelamatkanmu daripada segala bentuk dosa, noda dan maksiat dunia? Kenapa? Kau takut sekiranya kau digelar andartu? tidakkah kau ingat pada janji ALLAH bahawa ALLAH menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Malahan setiap manusia itu ada jodohnya yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Mengapa kau masih meragui janji ALLAH?

Sayang seribu kali sayang, kau kurang bersyukur kepada ALLAH. Tidakkah kau tahu, setiap kali kau didatangi ujian dan kau bersabar, ALLAH akan melipat gandakan pahalamu dan menyediakan sebuah istana yang besar disyurga sana. Tidakkah kau kagum mendengar ganjaran daripada ALLAH? Tidak sukakah kau dengan syurga ALLAH yang paling indah dan diidam oleh semua makhluk ciptaan ALLAH?

Muslimahku sekalian, bersabarlah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Inilah masanya untuk kita merebut pahala dan ganjaran ALLAH dengan bersabar. Kita hidup didunia ini ibarat musafir. Hanya singgah sebentar didunia dan akan kembali ke alam akhirat yang kekal abadi. Memang benar, jalan ke syurga itu penuh dengan ranjau dan jalan ke neraka itu penuh dengan nikmat.

menutup aurat itu indah :)

Setiap apa yang ALLAH jadikan dan tentukan pasti ada hikmah disebaliknya, cuma kita sahaja yang kadangkala tidak mengerti, apakah hikmah yang disediakan ALLAH untuk kita.

MUJAHADAH ITU PAHIT...KERANA SYURGA ITU MANIS...

wallahu a'lam bisawab salam ukhwah, semoga kau dan aku sentiasa dibawah perlindungan dan rahmat ALLAH. Ya ALLAH, aku mohon hidayahMu, ketakwaan iman dalam menempuh segala ujianMu, kesucian hati, zahir dan batin, serta aku mohon kepadaMu kekayaan supaya aku tidak meminta-minta kepada manusia. aameen


Tuesday, November 27, 2012

DIA...



melihat dia,
seringkali aku terfikir
aku ataukah dia seorang srikandi?
bukan kerana dia merubah ciptaan ALLAH
 menjadi wanita,
tetapi kerana pemalunya dia,
melebihi seorang wanita.
aku tertunduk kagum
pada sifat malunya
yang mungkin tiada seorang srikandi
di zaman ini,
yang boleh mengatasinya,
lantas aku merenung
dan muhasabah diri.

Melihat dia,
 sudah cukup menebalkan
rasa malu dalam diri
kerana aku tidak sepemalu dia.
peribadinya yang begitu mulia.
tidak kira Islam atau bukan Islam
 ringan tulang membantu sesiapa.
unggul peribadinya,
memikat hati manusia..

Melihat dia,
aku berhamdalah memuji-Mu, ya ALLAH.
pada keindahan ciptaan-Mu,
begitu mempesona,
Masya ALLAH.
bibirnya mekar menguntum senyuman,
 manis memukau pandangan,
Matanya tunduk apabila
bersatu dengan wanita
sangat menjaga batas pergaulan
malah menghormati wanita
dan memuliakan mereka

Melihat dia,
aku tertanya
manusakah dia?
atau jelmaan malaikat sahaja?
lembut bicaranya
meruntun jiwa pendengarnya
penuh kasih tutur katanya
menawan hati sesiapa


Melihat dia,
sekali lagi aku mengagumi
ciptaan- Mu ya ALLAH.
 peribadinya yang mulia
kacak wajahnya
namun tidak pernah menggunakannya
untuk kepentingan dunia
atau berbangga dengan kelebihan yang ada
malah hatinya sentiasa bertasbih
memuji kesaan ALLAH
tawadhuk dalam menyempurnakan ibadah
setiap masa dan ketika

Melihat dia,
membantu aku berhijrah
menjadi srikandi muslimah solehah
hadirnya sebagai contoh
ilmunya sarat didada
diikuti akhlak mulia
penuh iman dalam jiwa.

 Melihat dia,
tingkah lakunya memberi pengajaran
serta teladan kepada manusia.
Jiwanya penuh wawasan
menjadikan al-quran
sebagai pegangan
dan as-sunnah sebagai acuan
keinginan yang mendalam
untuk menyatukan hati-hati
umat Islam,
yang kering kontang
ketandusan iman
dahagakan ilmu al-quran
sebagai penunjuk jalan.

Melihat dia,
aku tertanya sendiri.
benarkah aku di alam realiti?
atau fantasi semata?
dalam diam
aku mengakui,
ketakwaan dan keimanannya
sudah cukup membuat
hatiku tertawan.
bukan paras rupa
yang aku idamkan
cukuplah agamanya
 menjadi perlindungan.

Melihat dia,
aku tertunduk malu
perwatakannya penuh kasih
dalam kelembutan penuh ketegasan
keberanian seakan pahlawan
keyakinannya teguh
bersandar hanya kepada ALLAH


Melihat dia,
menerbitkan sinar harapan
pada relung hati.

dalam diam,
aku menyimpan perasaan.
dalam diam,
doa kudus aku panjatkan.
semoga dia milikku.

biar dia tidak mengerti
perasaan dalam hati
aku tidak mahu munajat kasihku
meruntuhkan benteng keimanan
yang sekian lama utuh.
cukuplah ALLAH
yang maha mengerti
akan  kasihku.

andai ada jodoh dengannya
ku panjatkan rasa syukur dihati
semoga perasaan ini meningkatkan
keimanan dalam diri
untuk sentiasa berharap pada-MU ya ILAHI
dan menjadikan KAU yang paling utama
dalam hidup kami

 Melihat dia,
ikhwanku yang bernama
Muhammad Nur Ramadhan Rizqin,
seindah nama
sekacak rupa
secantik akhlak
semanis bicara
sekuat umar
seteguh iman
semekar senyuman
itulah simpulan peribadi tentang dirimu.


Wednesday, November 21, 2012

WARKAH SEORANG HAMBA...




teristimewa buat srikandi islamku,

wahai muslimah,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada Sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya. 



Srikandiku, 
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan dari tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan ALLAH ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

'Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'. Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai srikandi muslimah yang aku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. 


Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan bernama Adam.

'Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik...'

Ya ALLAH, jadikan kami bidadari syurga... aameen.
semoga tinta penaku memberi kesedaran dan manfaat kepadamu, duhai sekalian srikandi Abu Bakar dan Umar. Insya ALLAH.

BUAT TEMAN DIKASIHI...


6 Rendah sastera 1 :)

Teman aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini ALLAH sebagai penjaga.

When we had the chance to express ownself :)


Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

semua muka dah macam apam :P

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam ALLAH dan Rasul.


Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
mogakan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.


Friday, November 9, 2012

~~BaCaLah DeNgan SePeNuH HaTy~~ Jubah Buat Ibu






“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. ” Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.


Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

” Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” ” Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit..” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.


Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri.. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak….ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. ” Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku….atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. ” Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan….saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. ” Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia”, terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk…..ibu……….” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Saturday, September 22, 2012

KEPADA AWAK YANG MENCINTAIKU...



''Aku bukan malaikat yang tak memiliki hawa nafsu. Aku hanyalah manusia biasa yang juga menginginkan

 cinta. Kehadiranmu ku akui memang mampu memberi sebuah warna. Tapi entah mengapa itu jugalah yang

 membuatku tersiksa. Bukan aku tak mampu menghargai apa yang kau rasa. Tapi bukankah dengan begitu

 aku akan gagal mempertahankan hatiku yang selalu ingin terjaga....Tidakkah kau ingin cinta itu sesuci 

 cintanya Ali dan Fatimah...? Dalam DIAM mereka MENCINTA,Dalam RINDU mereka BERDOA...''

sekian dariku..





 Ya Allah......
Bila Hamba menjadi pasangan seseorang
Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya
izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya
izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya
izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya
izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya

Ya Allah......
Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat
kepadaMu
izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu
izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu

Ya Allah......
izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti
izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati

Ya Allah......
jiwa kami ada dalam genggamanMu

maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu

Ya Allah......
permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu

Aamin... Ya Rabbal 'Alamin...

Saturday, July 14, 2012

Tidak MUDAH... Tapi Akan Terasa INDAH




Hai jiwa yang sedang bersedih. Rawatlah hatimu dengan zikrullah. Pohonlah kepada ALLAH agar DIA menguatkan hatimu. Semoga dengan berkat kesabaranmu ALLAH akan memberikan jalan yang terbaik buatmu. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidupmu. Jangan salahkan dia, tetapi salahkan diri sendiri kerana masih tidak pandai untuk menundukkan pandangan. ALLAH ALHAMDULILLAH...kau masih sayangkan aku. Terima kasih atas ujian ini. Cuma ku pinta satu, tolong kuatkan aku untuk menempuh neraka dunia ini.

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris...
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu sebahagian dari kasih Ilahi...
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk...
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari...
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita menjadi kuat.

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan...
Tapi akan terasa INDAH ketika kita mampu membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri.










Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina...
Tapi akan terasa INDAH kalau itu sebahagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap redha Ilahi.

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya...
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita.

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan...
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh...
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan...
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat.

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera...
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur...
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya. 

Sunday, June 24, 2012

~ HATI INI ~






 ●═════════════◄►═════════════●
★ DUNIA ISLAM ★●★MUSLIMAH★★SEJATI★
●═════════════◄►═════════════●

•☆.•*´¨`*••♥ASALAMUALAIKUM♥••*´¨*•.☆•

(¯`♥´¯)
... ... ... ... ... ´*.¸.•´♥

بسم الله الرحمن الرحيم


TIKA BENTENG HATIKU MULAI RETAK….DIRIMU ADA YA ALLAH....


Air yang tenang di danau tasik selama ini mulai beriak kecil dan berkocak resah ditiup semilir angin yang tidak menentu arahnya. Aku bimbang, riak kecil bakal beralun membentuk ombak yang bergulung-gulung di muara rasa sebelum gelombang tsunami menjelma jika dikawal oleh nafsu dan tidak diselia oleh akal. Wal’iyazubillah. bersabarlah wahai hati… Redhakan apa yang berlaku. Kau telah tabah selama ini, mengapa mesti gugur hanya kerana tingkah yang tidak seharusnya berbekas.


Subhanallah… betapa besarnya dugaanMu kali ini. Semua yang mendukakan. Semua yang melukakan. Aku inginkan kebahagiaan. Aku inginkan kedamaian. Aku ingin senyum menguntum dalam keriaan bukan kepuraan. Ahhh…. Aku baru sedar betapa aku mampu menjadi pelakon terbaik dalam menggambarkan keceriaan sedangkan hatiku bernyanyi sendu. Menangis tidak berlagu tanpa irama indah yang menyejuk jiwa. Perit, pedih bercampur baur memeluk kecewa yang tidak mampu diurai dengan cerita buku dan drama pentas dunia.





 
Masya Allah… manusia apakah aku ini yang sanggup menipu diri sendiri dan mereka yang berada di sisiku. Tanpa rasa kasih, aku dipinggir dalam kata-kata yang tidak menoktah.Aku tidak tahu berapa lama akan ku hadapi segala dugaanMu Ya Allah. Aku tahu Kau akan menguji hamba-Mu mengikut kemampuannya sendiri. Semuanya telah Kau timbang dan ukur pada upaya mampu hamba-Mu. Apakah aku masih mampu bertahan dengan segala ini. ?. Aku bimbang hatiku yang lembut, mulai membeku keras. Aku khuatir, daun kasih yang berdakap mulai berkelopak benci. Aku rindu pada bunga sayang, namun ia gugur satu persatu menyembah kuburan masa yang tidak bernisan cinta.

Kini ku meragui kepercayaan yang hadir dalam diri… apakah segala perasaan itu mulai hilang dan membunuh benih-benih cinta yang cuba untuk bertunas semula. Semakin pasrah pada waktu.


Wahai Tuhan… aku bersyukur, dalam keciciran kasih yang melanda, aku masih kuat membentuk jati diri untuk tidak tewas dengan apa yang terjadi. Semakin kau cuba membunuh jiwaku, semakin aku bangkit membina ketahanan jaya. Semakin kau menekan harga diriku, semakin aku tabah dan kuat kemahuan untuk mencapai kecemerlangan masa depanku. Di hati ku ini, hanya ada Rasul dan Tuhanku yang tercinta.


Ku akui, selama bermunajat dan bermuqarrab… banyak keajaiban yang ku alami. Segala susur kehidupan sangat mudah ku selusuri walau tidak ku nafi, onak dan duri memiris hati. Betapa aku tahu banyak doaku dimakbuli. Sesungguhnya doa orang yang teraniaya selalu akrab dalam perhatian TuhanNya. Oleh itu, jangan diabaikan hubunganmu dengan Tuhanmu kerana Dialah Yang Memberi dan selalu Memberi. Maha Suci Ya Allah, aku selalu merasai nikmat kasih sayang-Mu. ALHAMDULILLAH. Aku redha dengan segala ujian-Mu.



MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU...baraka'Allah


~salam kasih sayang..salam ukhwah fillah

selamanya kasih sayang di mata dan di hati...amin

Wednesday, June 6, 2012

Andai Cintamu Untuk Aku

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum pembuka bicara,




biar tidak pernah bertemu mata,
tidak pernah bersua bersama,
tidak mengungkap janji azimat yang nista,
tidak juga bermadah cinta... kerana itu bukanlah
utama dalam membina mahligai bahagia
cukuplah kata-kata yang membawa kita
mengingati ALLAH, cukuplah nasihat
serta teguran yang membuatkan kita lebih mendekati 
yang Maha Esa, cukuplah diriku tahu dirimu
punya iman dan agama.


Jika ALLAH tidak memberikanmu seseorang yang kamu impikan
semoga dia menghadirkan seseorang yang mengimpikanmu


Wahai wanita, teladanilah Fatimah menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

❝Titipkan cintamu kepada jodoh yg belum diketahui siapa & utk mendapat yg terbaik jadilah yg terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah krn syaitan cuba menyelinap masuk utk jadikannya cinta bernafsu.❞

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita..

Saturday, June 2, 2012

MOTIVATION WORDS




An apology from a man to the future wife (in sha'Allah), he didn’t meet yet: “I know I don’t know you … YET but I want to apologize to you.. I am so sorry … I didn’t ask your hand for marriage till now I want to be your husband to protect your chastity and mine I want to be your husband to preserve you from the Fitnah (temptations) of our time and to live with you in the obedience of Allah (subhanahu wa ta’ala) But, this is what Allah decreed for us: to not meet now, to live in a society where a man needs so much time to get a house and find a good job to provide his family I am so sorry dear future wife We must be patient Remember me in your Duaa as I remember you in mine Let’s pray that Allah provides us from His bounty… ameen ! -Your future husband (in sha'Allah) ”


 Every bad situation will have something positive (in sha’Allah)!

Even a dead clock shows correct time twice a day. Put all your trust upon Allah swt. He knows what is best for you !

Monday, January 30, 2012

NASIHAT DATO' DR HJ, MUHAMMAD FADHILAH KAMSAH

As salamu'alaikum 

 Moga Allah rahmati kita semua. Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia 

akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki 

berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki

sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri,

 kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, 

solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita,

 takde siapa dpt ambil drp kita. Allah Maha Adil n Maha Penyayang. Moga Allah jadikan kita 

org yg bersyukur n redha. 



Sahabatku, jom..aminkan doa ini untuk kedua orang kita. "Ya Allah, ampunilah dosa kami & 

dosa kedua orang tua kami. masih terbayang air mata ibu yang mengalir & rintihannya 

disetiap malam ketika berdoa memohon kepadaMu untuk kebahagiaan kami, anaknya. 

Sayangilah Ibu & ayah kami sebagaimana beliau meyayangi kami sewaktu kecil. Ya Allah, 

Muliakanlah mereka, tiada pernah kami sanggup menggantikan setiap tetes air mata ibu &

 keringat ayah." AAMEEN



Remember these simple Rules to be HAPPY: Free your heart from hatred; Free your mind 

from worries; Live simply; Expect less; Give more & Love yourself!!!!!


"To speak to Allah, no breath is lost. To walk with Allah, no strenght is lost. To wait for 

Allah, no time is lost. So trust in Allah and you will never be lost.."


http://www.virtapay.com/r/fawziyah