Tuesday, November 27, 2012

DIA...



melihat dia,
seringkali aku terfikir
aku ataukah dia seorang srikandi?
bukan kerana dia merubah ciptaan ALLAH
 menjadi wanita,
tetapi kerana pemalunya dia,
melebihi seorang wanita.
aku tertunduk kagum
pada sifat malunya
yang mungkin tiada seorang srikandi
di zaman ini,
yang boleh mengatasinya,
lantas aku merenung
dan muhasabah diri.

Melihat dia,
 sudah cukup menebalkan
rasa malu dalam diri
kerana aku tidak sepemalu dia.
peribadinya yang begitu mulia.
tidak kira Islam atau bukan Islam
 ringan tulang membantu sesiapa.
unggul peribadinya,
memikat hati manusia..

Melihat dia,
aku berhamdalah memuji-Mu, ya ALLAH.
pada keindahan ciptaan-Mu,
begitu mempesona,
Masya ALLAH.
bibirnya mekar menguntum senyuman,
 manis memukau pandangan,
Matanya tunduk apabila
bersatu dengan wanita
sangat menjaga batas pergaulan
malah menghormati wanita
dan memuliakan mereka

Melihat dia,
aku tertanya
manusakah dia?
atau jelmaan malaikat sahaja?
lembut bicaranya
meruntun jiwa pendengarnya
penuh kasih tutur katanya
menawan hati sesiapa


Melihat dia,
sekali lagi aku mengagumi
ciptaan- Mu ya ALLAH.
 peribadinya yang mulia
kacak wajahnya
namun tidak pernah menggunakannya
untuk kepentingan dunia
atau berbangga dengan kelebihan yang ada
malah hatinya sentiasa bertasbih
memuji kesaan ALLAH
tawadhuk dalam menyempurnakan ibadah
setiap masa dan ketika

Melihat dia,
membantu aku berhijrah
menjadi srikandi muslimah solehah
hadirnya sebagai contoh
ilmunya sarat didada
diikuti akhlak mulia
penuh iman dalam jiwa.

 Melihat dia,
tingkah lakunya memberi pengajaran
serta teladan kepada manusia.
Jiwanya penuh wawasan
menjadikan al-quran
sebagai pegangan
dan as-sunnah sebagai acuan
keinginan yang mendalam
untuk menyatukan hati-hati
umat Islam,
yang kering kontang
ketandusan iman
dahagakan ilmu al-quran
sebagai penunjuk jalan.

Melihat dia,
aku tertanya sendiri.
benarkah aku di alam realiti?
atau fantasi semata?
dalam diam
aku mengakui,
ketakwaan dan keimanannya
sudah cukup membuat
hatiku tertawan.
bukan paras rupa
yang aku idamkan
cukuplah agamanya
 menjadi perlindungan.

Melihat dia,
aku tertunduk malu
perwatakannya penuh kasih
dalam kelembutan penuh ketegasan
keberanian seakan pahlawan
keyakinannya teguh
bersandar hanya kepada ALLAH


Melihat dia,
menerbitkan sinar harapan
pada relung hati.

dalam diam,
aku menyimpan perasaan.
dalam diam,
doa kudus aku panjatkan.
semoga dia milikku.

biar dia tidak mengerti
perasaan dalam hati
aku tidak mahu munajat kasihku
meruntuhkan benteng keimanan
yang sekian lama utuh.
cukuplah ALLAH
yang maha mengerti
akan  kasihku.

andai ada jodoh dengannya
ku panjatkan rasa syukur dihati
semoga perasaan ini meningkatkan
keimanan dalam diri
untuk sentiasa berharap pada-MU ya ILAHI
dan menjadikan KAU yang paling utama
dalam hidup kami

 Melihat dia,
ikhwanku yang bernama
Muhammad Nur Ramadhan Rizqin,
seindah nama
sekacak rupa
secantik akhlak
semanis bicara
sekuat umar
seteguh iman
semekar senyuman
itulah simpulan peribadi tentang dirimu.


No comments:

Post a Comment