Friday, December 21, 2012

BERSYUKURLAH...



Ramai manusia di luar sana kurang bersyukur dengan apa yang mereka ada. Malahan suka mengejar keinginan mereka semata-mata kerana cemburu dengan nikmat yang ada pada orang lain. Sifat cemburu yang melampaui batas akan menyebabkan timbulnya hasad dengki untuk menghancurkan mana-mana pihak yang dicemburui kelebihan mereka.


Sedangkan mereka tidak sedar bahawa setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangan yang telah ALLAH berikan untuk semua manusia. Yakinilah bahawa ALLAH itu maha Adil dan Bijaksana. ALLAH lebih mengetahui segalanya berbanding kita. MASYA ALLAH.

Ada seorang sahabat saya dia sering kali merendah diri dengan penampilan wajahnya yang padanya adalah tidak cantik dan tidak mampu menambat hati para manusia. Bukan itu sahaja, dia seringkali memuji-muji dan mencemburui seorang rakan saya juga yang mempunyai wajah yang cukup indah, tubuh yang amat menggiurkan dan diidamkan para manusia. Sebenarnya,mereka tidak tahu ada apa pada kecantikan wajah dan tubuh yang indah itu.

Memang tidak dinafikan, tubuh yang indah dan wajah yang menawan itu adalah anugerah dan kelebihan yang ALLAH beri pada segelintir manusia. Padahal umum mengetahui bahawa makhluk ciptaan ALLAH itu indah belaka. Tapi, kenapa sedikitpun kita tidak merasa bersyukur? Tahukah kau, apabila wajahmu dan bentuk tubuhmu tidak dipandang oleh manusia itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh kecantikan mereka?


Tahukah engkau bahawa kurang cantik itu mampu menyelamatkanmu daripada segala bentuk dosa, noda dan maksiat dunia? Kenapa? Kau takut sekiranya kau digelar andartu? tidakkah kau ingat pada janji ALLAH bahawa ALLAH menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Malahan setiap manusia itu ada jodohnya yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Mengapa kau masih meragui janji ALLAH?

Sayang seribu kali sayang, kau kurang bersyukur kepada ALLAH. Tidakkah kau tahu, setiap kali kau didatangi ujian dan kau bersabar, ALLAH akan melipat gandakan pahalamu dan menyediakan sebuah istana yang besar disyurga sana. Tidakkah kau kagum mendengar ganjaran daripada ALLAH? Tidak sukakah kau dengan syurga ALLAH yang paling indah dan diidam oleh semua makhluk ciptaan ALLAH?

Muslimahku sekalian, bersabarlah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Inilah masanya untuk kita merebut pahala dan ganjaran ALLAH dengan bersabar. Kita hidup didunia ini ibarat musafir. Hanya singgah sebentar didunia dan akan kembali ke alam akhirat yang kekal abadi. Memang benar, jalan ke syurga itu penuh dengan ranjau dan jalan ke neraka itu penuh dengan nikmat.

menutup aurat itu indah :)

Setiap apa yang ALLAH jadikan dan tentukan pasti ada hikmah disebaliknya, cuma kita sahaja yang kadangkala tidak mengerti, apakah hikmah yang disediakan ALLAH untuk kita.

MUJAHADAH ITU PAHIT...KERANA SYURGA ITU MANIS...

wallahu a'lam bisawab salam ukhwah, semoga kau dan aku sentiasa dibawah perlindungan dan rahmat ALLAH. Ya ALLAH, aku mohon hidayahMu, ketakwaan iman dalam menempuh segala ujianMu, kesucian hati, zahir dan batin, serta aku mohon kepadaMu kekayaan supaya aku tidak meminta-minta kepada manusia. aameen


No comments:

Post a Comment