Wednesday, June 6, 2012

Andai Cintamu Untuk Aku

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum pembuka bicara,




biar tidak pernah bertemu mata,
tidak pernah bersua bersama,
tidak mengungkap janji azimat yang nista,
tidak juga bermadah cinta... kerana itu bukanlah
utama dalam membina mahligai bahagia
cukuplah kata-kata yang membawa kita
mengingati ALLAH, cukuplah nasihat
serta teguran yang membuatkan kita lebih mendekati 
yang Maha Esa, cukuplah diriku tahu dirimu
punya iman dan agama.


Jika ALLAH tidak memberikanmu seseorang yang kamu impikan
semoga dia menghadirkan seseorang yang mengimpikanmu


Wahai wanita, teladanilah Fatimah menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

❝Titipkan cintamu kepada jodoh yg belum diketahui siapa & utk mendapat yg terbaik jadilah yg terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah krn syaitan cuba menyelinap masuk utk jadikannya cinta bernafsu.❞

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita..

No comments:

Post a Comment