Aku selalu mahukan seorang suami yang dapat memimpin aku dekat dengan Allah. Yang sama-sama bantu aku kuatkan akidah. Kejut aku bangun malam solat tahajud sama-sama. Yang penyayang tegur aku dengan kelembutan. Walaupun dia tak tahu banyak tentang agama...aku mahu seorang suami yang berusaha mendalami ilmu agama, bawa aku sama-sama menambah ilmu mendekatkan diri dengan Allah. Bawa aku ke majlis ilmu dan ke masjid- masjid. Bawa zuriat kita mengenal Allah.
Tapi pernah aku terfikir, andai aku dijodohkan dengan seseorang yang tak banyak tahu tentang agama...mampukah aku menarik dia dekat dengan Allah? Mampukah aku bimbing suamiku? dan...Mahukah dia tundukkan ego untuk belajar agama dan sama-sama berubah mendekatkan diri kepada Allah?
Allah...persoalan itu seringkali bermain dibenakku. Mampukah aku ya Allah, sedangkan diriku sendiri begini. Apalah ilmu yang aku ada. Aku tak pandai mengajak mahupun memujuk. Lihat sahaja lah...aku belum mampu menarik sahabatku dekat dengan-Mu ya Allah. Aku sedih...sangat sedih. Jika begini pun sudah meluruhkan hatiku... bagaimana pula sekiranya aku tak mampu menarik hati suamiku dekat dengan Mu?
Ya Allah tolong jauhi aku daripada hati yang sedih dan gundah. Aku mohon dan aku merayu agar kau menghadiahkan aku seorang suami yang suka menghadiri majlis ilmu. Sangat menyantuni isterinya. Sangat penyayang terhadap aku dan zuriat kami. Sangat bertanggungjawab dan ikhlas. sabar melayani karenahku. Kerana aku tahu ada waktunya aku bersifat keanak-anakan. Aku juga mahu bermanja selalu. ya Allah hadiahkan aku seorang suami yang selalu menjadi penyejuk mata hati dan penawar resah hati ku. dan..jadikanlah aku isteri solehah baginya. yang sentiasa dirindui olehnya. yang sentiasa menjadi penyejuk mata hati dan penawar resah hati suamiku.
No comments:
Post a Comment