Wednesday, May 24, 2017

Suami








Aku selalu mahukan seorang suami yang dapat memimpin aku dekat dengan Allah. Yang sama-sama bantu aku kuatkan akidah. Kejut aku bangun malam solat tahajud sama-sama. Yang penyayang tegur aku dengan kelembutan. Walaupun dia tak tahu banyak tentang agama...aku mahu seorang suami yang berusaha mendalami ilmu agama, bawa aku sama-sama menambah ilmu mendekatkan diri dengan Allah. Bawa aku ke majlis ilmu dan ke masjid- masjid. Bawa zuriat kita mengenal Allah. 

Tapi pernah aku terfikir, andai aku dijodohkan dengan seseorang yang tak banyak tahu tentang agama...mampukah aku menarik dia dekat dengan Allah? Mampukah aku bimbing suamiku? dan...Mahukah dia tundukkan ego untuk belajar agama dan sama-sama berubah mendekatkan diri kepada Allah? 

Allah...persoalan itu seringkali bermain dibenakku. Mampukah aku ya Allah, sedangkan diriku sendiri begini. Apalah ilmu yang aku ada. Aku tak pandai mengajak mahupun memujuk. Lihat sahaja lah...aku belum mampu menarik sahabatku dekat dengan-Mu ya Allah. Aku sedih...sangat sedih. Jika begini pun sudah meluruhkan hatiku... bagaimana pula sekiranya aku tak mampu menarik hati suamiku dekat dengan Mu?

Ya Allah tolong jauhi aku daripada hati yang sedih dan gundah. Aku mohon dan aku merayu agar kau menghadiahkan aku seorang suami yang suka menghadiri majlis ilmu. Sangat menyantuni isterinya. Sangat penyayang terhadap aku dan zuriat kami. Sangat bertanggungjawab dan ikhlas. sabar melayani karenahku. Kerana aku tahu ada waktunya aku bersifat keanak-anakan. Aku juga mahu bermanja selalu. ya Allah hadiahkan aku seorang suami yang selalu menjadi penyejuk mata hati dan penawar resah hati ku. dan..jadikanlah aku isteri solehah baginya. yang sentiasa dirindui olehnya. yang sentiasa menjadi penyejuk mata hati dan penawar resah hati suamiku.

Saturday, May 13, 2017

Tentang aku yang ramai tidak tahu


Aku bukan seorang yang banyak bicara. Aku bukan seorang yang pandai meluah rasa. Setiap hari yang berlaku...pahit dan manisnya aku telan. Aku simpan. Aku tak pandai berkongsi cerita, apatah lagi meluahkan apa yang aku rasa.

 Bila sakit, aku hanya mampu menangis berendam air mata. Marahku hanya mampu keluar melalui penulisan. Jarang... tersangat jarang aku marah dengan kata-kata. Dan aku sedar, melalui penulisan, kadangkala memberi kesan yang mendalam kepada si pembaca. Melalui penulisan, aku berani jujur sejujurnya tentang apa yang aku rasa. 

Aku tahu..., ramai yang tak mengerti aku. Aku sedar, aku tak pernah memberi peluang kepada mereka untuk memahami aku. Mereka sangka mereka faham aku. Tapi sebenarnya tidak...

Marah aku hanya seketika. Saat aku habis menulis, kemarahan aku boleh saja hilang begitu sahaja. Jika aku bertemu dengan orang yang aku marah pada keesokkan harinya atau petangnya, aku sudah mampu melayan mereka seperti biasa. Seperti aku tak pernah berkata apa-apa mahupun memarahi mereka. Sayangnya, mereka tidak memahami aku. 

Itu sekiranya aku memarahi mereka dengan penulisan. Tetapi, andai aku memarahi mereka dengan kata-kata, boleh jadi, aku tak ingin melihat atau memandang wajahnya sehingga mereka meminta maaf dari aku dengan seikhlasnya.

.....................................................................................................................................................

Aku juga manusia biasa. Ada masa aku marah, sedih, dan gembira. Namun aku lebih banyak luah dengan penulisan berbanding kata-kata. Satu harapanku...aku berharap...mendapat seorang suami yang benar-benar memahami aku. :'(

Aku sedih sangat bila orang tak faham aku...