Wahai para hawa,
Usah kau terlalu suka apabila mendapat suami yang rajin dan taat pada perintah Allah
kerana,
boleh jadi kebanyakan perbuatannya dan keterbiasaannya akan melawan hawa nafsumu.
Dikala kau tidur dengan nyenyak, dia akan bangunkan kamu di tengah malam untuk solat bersamanya.
Sewaktu kau ingin bersamanya dan berada dekat dengannya, maka kau akan ditinggalkan untuk urusan berdakwah kerana Allah.
Dikala kau terbiasa makan diwaktu pagi, maka dia akan mengajak mu untuk berpuasa.
Oleh itu, sekiranya kau sudah yakin untuk menikah dengan seseorang yang taat perintah Allah dan beriman kepada Allah, maka kau juga harus bersedia dengan semua keterbiasaannya yang terkadang berlawanan dengan hawa nafsumu.
Adakah kau sudah bersedia dengan keadaan dan risiko nya? :)
No comments:
Post a Comment