Melihat kanak-kanak bergelak ketawa saat bermain sambil belajar, aku tersenyum bahagia. Terkadang aku cemburu dengan perhatian yang mereka perolehi. Aku ingin jadi muda, jadi kanak-kanak semula. Aku ingin kembali ke masa lampau walau aku tahu semua itu adalah mustahil belaka. Andai sahaja aku juga boleh bermain sambil belajar di universiti ini. Salahkah keinginan aku sebegitu?
Kanak-kanak, apalah dosa yang mereka ada. Sekiranya mereka melakukan kesalahan pun itu adalah kerana kesalahan kita dalam mendidik mereka. Kita, yang perlu mencorak masa depan mereka. Orang selalu kata, nak lihat masa hadapan, lihat lah anak muda sekarang apa yang mereka lakukan, tapi orang tak pernah terfikir, nak lihat masa depan lihatlah bagaimana nenek moyang mereka mendidik generasi seterusnya. Bukankah anak muda jadi begitu kerana tangan orang-orang tua yang membentuk orang muda? salah siapakah jika begitu?
Mengapa bila anak-anak jadi nakal, 100% dipersalahkan pada anak-anak muda yang kurang ajar, tidak mendengar kata...Siapakah yang mendidik mereka sebegitu? Okay, faham sudah lari topik. Bukan itu yang aku mahu tekankan di sini.
Aku hanya cemburu pada kanak-kanak kerana mereka masih bahagia tidak perlu fikir banyak tentang masalah lain. Sekiranya mereka bermain kemudian terjatuh... hanya kaki yang luka bukan hati. Mereka bangkit kembali dan terus tersenyum seperti sedia kala. Tetapi, mengapa bila kita menginjak dewasa, apabila terluka...mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Tak kiralah sama ada luka zahir mahupun batin.
Allahu, pergantian malam dan siang, tua dan muda. Semuanya adalah percaturan Allah. Pasti ada hikmah. Aku hanya cemburu. Bagi aku tidak salah sekiranya di universiti pun praktikkan tema bermain sambil belajar kerana bukankah sepatutnya ilmu itu adalah menyeronokkan? Sekiranya menuntut ilmu dalam keadaan bahagia, bukankah semua level manusia mudah memahami ilmu?
Okay Fatimah Fawziyah, cukup-cukuplah berangan.