Redup pandanganku apabila mata menjamah wajahnya. Ku teliti perlakuannya sedari tadi yang khusyuk beribadah kepada ALLAH. Masya ALLAH! Detik hatiku berkata. Bagaimanakah dia dapat mencintai ALLAH sedemikian rupa? Aku cemburu apabila Azilah sudah tenggelam dalam cinta pada yang Esa. Aku? Entah bila dapat merasai manisnya cinta pada Sang pencipta. Masih lagi bertatih dan terjatuh dalam mengenal dan mencari redha ALLAH. Terkadang aku merasakan tidak sepadan untuk aku bersahabat dengan Azilah yang begitu baik, jujur, dan solehah sepertinya. Aku hanyalah insan yang kerdil dan penuh dengan dosa. ALLAHU AKHBAR. Namun, untuk meninggalkan sahabat sebaik dan sesolehah dia? Tidak. Tidak mungkin aku lepaskan permata yang begitu berharga. Insya ALLAH akan ku jaga persahabatan ini sehingga ke akhirnya.
"Fatimah" Suara Azilah menyapa gegendang telingaku, lembut. Aku tersentak kecil. Termenung panjang sehingga tidak sedar Azilah sudah selesai solat dan berzikir.
"Ya?" Balasku setelah fikiran kembali ke alam realiti. Azilah, senyumannya tak pernah lekang dari bibir. Aku kagum dengan perwatakannya. Walau ujian berat dan badai melanda, dia tidak pernah mengeluh mahupun merungut. Ketabahannya bagiku, umpama tabahnya sahabat-sahabat seperjuangan di zaman Rasulullah dahulu. Senyuman sentiasa terukir di wajah yang penuh kelembutan dan sifat keibuan menenangkan.
"Kenapa pandang Azilah macam tu?"
"Tak ada apa. Pandang Azilah mengingatkan Fatimah pada ALLAH" Jujurku berkata.
"ALHAMDULILLAH, zalikal fadhlu minallah. Pandang Fatimah pun selalu mengingatkan Azilah pada ALLAH. Azilah bersyukur mempunyai sahabat seperti Fatimah"
Aku merenung wajahnya yang penuh keikhlasan. Aku dipagut rasa syahdu. Entah kenapa tutur katanya mudah sahaja mencairkan jiwaku. Begitu menusuk ke dalam dada. Terasa ada air mata yang mula keluar dari tubir mataku.
"Tapi, Fatimah tak sesolehah Azilah." Balasku sayu.
"Fatimah, nilaian solehah itu hanya ALLAH yang mampu menilai dengan sebaiknya. Kita manusia biasa tidak layak untuk membuat tanggapan sebegitu. Azilah juga ada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tiada orang yang sempurna. Fatimah melihat Azilah solehah kerana ALLAH menutup dosa-dosa dan aib Azilah. Sekiranya tidak, mungkin sahaja Azilah lebih hina daripada mereka yang berdosa. ALLAHU AKHBAR. Fatimah tahu tak? Mereka yang mengakui kesalahan sendiri dihadapan ALLAH dan mereka yang merendah diri serta menyesali dosa-dosa yang dilakukan adalah lebih mulia dan baik dimata ALLAH. ALLAH suka pada hamba-hambanya yang bertaubat dan menyesali kesalahan-kesalahan mereka. Jadi, kita tak boleh nak menilai seseorang dengan pandangan mata kasar kita. Semuannya terletak pada hati" Tutur Azilah sambil tangannya dibawa ke dada.
Azilah memujuk penuh semangat sambil tangannya mengelap air mataku yang mengalir dipipi. Kasih sayang yang diberikan Azilah bagiku, menyamai kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapaku. Hinggakan apabila bersama dengan Azilah, rasa rindu yang bertamu buat kedua ibu bapaku yang tinggal jauh dari sini dapat ku leraikan. Disini, dialah ibu dan dialah bapa yang sentiasa ada di waktu susah dan senang. Tanpanya terasa sunyi hari-hariku.
Azilah jugalah yang selalu mengajakku untuk beribadah di musolla, mengejutkanku qiamulail pada tengah malam, berpuasa Isnin dan Khamis, dan ibadah-ibadah lain. Bersahabat dengannya telah mengubah 360 darjah diriku. Dialah asbab yang membuatku seperti ini. Nak harapkan diriku? Hmm...Mungkin sahaja pada saat ini aku sudah hanyut dibawa arus pemodenan. Bersyukur sangat dapat sahabat sepertinya. ALHAMDULILLAH :)

No comments:
Post a Comment