Monday, December 23, 2013

~RINDU MEMBISIK KALBU~

Redup pandanganku apabila mata menjamah wajahnya. Ku teliti perlakuannya sedari tadi yang khusyuk beribadah kepada ALLAH. Masya ALLAH! Detik hatiku berkata. Bagaimanakah dia dapat mencintai ALLAH sedemikian rupa? Aku cemburu apabila Azilah sudah tenggelam dalam cinta pada yang Esa. Aku? Entah bila dapat merasai manisnya cinta pada Sang pencipta. Masih lagi bertatih dan terjatuh dalam mengenal dan mencari redha ALLAH. Terkadang aku merasakan tidak sepadan untuk aku bersahabat dengan Azilah yang begitu baik, jujur, dan solehah sepertinya. Aku hanyalah insan yang kerdil dan penuh dengan dosa. ALLAHU AKHBAR. Namun, untuk meninggalkan sahabat sebaik dan sesolehah dia? Tidak. Tidak mungkin aku lepaskan permata yang begitu berharga. Insya ALLAH akan ku jaga persahabatan ini sehingga ke akhirnya.

"Fatimah" Suara Azilah menyapa gegendang telingaku, lembut. Aku tersentak kecil. Termenung panjang sehingga tidak sedar Azilah sudah selesai solat dan berzikir.

"Ya?" Balasku setelah fikiran kembali ke alam realiti. Azilah, senyumannya tak pernah lekang dari bibir. Aku kagum dengan perwatakannya. Walau ujian berat dan badai melanda, dia tidak pernah mengeluh mahupun merungut. Ketabahannya bagiku, umpama tabahnya sahabat-sahabat seperjuangan di zaman Rasulullah dahulu. Senyuman sentiasa terukir di wajah yang penuh kelembutan dan sifat keibuan menenangkan.

"Kenapa pandang Azilah macam tu?"

"Tak ada apa. Pandang Azilah mengingatkan Fatimah pada ALLAH" Jujurku berkata.

"ALHAMDULILLAH, zalikal fadhlu minallah. Pandang Fatimah pun selalu mengingatkan Azilah pada ALLAH. Azilah bersyukur mempunyai sahabat seperti Fatimah"

Aku merenung wajahnya yang penuh keikhlasan. Aku dipagut rasa syahdu. Entah kenapa tutur katanya mudah sahaja mencairkan jiwaku. Begitu menusuk ke dalam dada. Terasa ada air mata yang mula keluar dari tubir mataku.

"Tapi, Fatimah tak sesolehah Azilah." Balasku sayu.

"Fatimah, nilaian solehah itu hanya ALLAH yang mampu menilai dengan sebaiknya. Kita manusia biasa tidak layak untuk membuat tanggapan sebegitu. Azilah juga ada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tiada orang yang sempurna. Fatimah melihat Azilah solehah kerana ALLAH menutup dosa-dosa dan aib Azilah. Sekiranya tidak, mungkin sahaja Azilah lebih hina daripada mereka yang berdosa. ALLAHU AKHBAR. Fatimah tahu tak? Mereka yang mengakui kesalahan sendiri dihadapan ALLAH dan mereka yang merendah diri serta menyesali dosa-dosa yang dilakukan adalah lebih mulia  dan baik dimata ALLAH. ALLAH suka pada hamba-hambanya yang bertaubat dan menyesali kesalahan-kesalahan mereka. Jadi, kita tak boleh nak menilai seseorang dengan pandangan mata kasar kita. Semuannya terletak pada hati" Tutur Azilah sambil tangannya dibawa ke dada.

Azilah memujuk penuh semangat sambil tangannya mengelap air mataku yang mengalir dipipi. Kasih sayang yang diberikan Azilah bagiku, menyamai kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapaku. Hinggakan apabila bersama dengan Azilah, rasa rindu yang bertamu buat kedua ibu bapaku yang tinggal jauh dari sini dapat ku leraikan. Disini, dialah ibu dan dialah bapa yang sentiasa ada di waktu susah dan senang. Tanpanya terasa sunyi hari-hariku.

Azilah jugalah yang selalu mengajakku untuk beribadah di musolla, mengejutkanku qiamulail pada tengah malam, berpuasa Isnin dan Khamis, dan ibadah-ibadah lain. Bersahabat dengannya telah mengubah 360 darjah diriku. Dialah asbab yang membuatku seperti ini. Nak harapkan diriku? Hmm...Mungkin sahaja pada saat ini aku sudah hanyut dibawa arus pemodenan. Bersyukur sangat dapat sahabat sepertinya. ALHAMDULILLAH :)

Monday, November 18, 2013

~HINAKAH ANDAI TIDAK BERPENDIDIKAN TINGGI?~

Bismillahirrahmanirrahim...



Ibu kata...bukan straight A yang ibu mahu dari anak-anak ibu. Ibu hanya mahu melihat anak ibu menjadi anak yang soleh dan soleha. Ibu bersyukur kerana anak ibu yang seorang ni tak pandai kerana ketidakpandaian itulah yang membawa anak ibu mendapat berkat kerana menjaga ibu. Anak yang lain walaupun mereka belajar tinggi dan menjawat jawatan tinggi tapi, mereka tak selalu ada disisi dan menjaga ibu. Itulah keberkatan yang ALLAH bagi pada anak ibu yang seorang ni. Jadi janganlah sedih.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau anak ibu yang seorang ni pandai juga...mesti tiada siapa yang jaga ibu saat ni. Mungkin orang gaji yang akan menjaga ibu. Ibu bersyukur punya anak seperti kamu. Siapa kata kalau tak pandai dalam akademik seseorang tu tak boleh berjaya? Siapa kata kalau tak dapat straight A's masa depan akan merudum dan gelap? Tidak, sayang. Rezeki manusia, ALLAH yang tentukan. Sedangkan anjing yang kat tepi jalan pun ALLAH bagi rezeki inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran seperti kita.

Kalau semua orang dalam dunia ni pandai... semua nak jadi doktor dan engineer siapa yang nak jadi cleaner kat sekolah2, guard, tukang mesin rumput? Sebab tu lah ALLAH jadikan setiap sesuatu itu ada balance-nya. Ini ketentuan ALLAH. ALLAH tak tengok rupa paras dan kepandaian seseorang untuk masuk syurga tapi ALLAH tengok pada hati. Kalau kita ikhlas dan patuh pada perintah ALLAH...pastinya syurga ALLAH tersedia untuk kita.

Senyumlah...ada kebaikan di setiap kedukaan. Masya ALLAH. Nikmat-Mu yang mana kami dustai?

# Jika dulu ibu happy menolakmu di stroller, ketika ibu mu sakit, kau happy lah menolak mereka di kerusi roda. (tazkirah petang) :)

Darjat kita berbeza. Namun aku masih mahu mengasihimu. Biar kita jauh, namun hatiku tak mahu berpisah. Ya Rasulullah. :)

 

Monday, July 1, 2013

SAHABAT...

I miss them so much :) May ALLAH bless us all aameen.


Aku teringin sangat nak mempunyai sahabat yang selalu ada disisi dikala suka dan duka. aku teringin nak ada sahabat seperti sahabat nabi iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, dan Ali bin Abi Tolib serta beberapa lagi sahabat nabi yang lain. Mereka semua sangat setia dalam persahabatan. Ya, aku tahu...kalau kita nak dapat seorang sahabat yang penyayang dan selalu ada untuk kita dan yang selalu meraikan kejayaan kita.....kita mesti ubah diri kita dulu sebelum mengharapkan perubahan daripada orang lain. tak gitu?

Aku sedar, kadang-kadang kita selalu mengulangi kesilapan walaupun kita tak pernah teringin untuk mengulanginya. Bila dah buat, nanti menyesal sendiri. Tapi tak apa.... selagi kita menyesal dengan setiap kesalahan kita, selagi itu kita tahu bahawa rasa itu adalah HIDAYAH yang datangnya daripada ALLAH Subhanallah Taala, dan itu juga tandanya bahawa dalam diri kita ni masih ada iman. Jadi jangan pernah berputus asa dan menyerah kalah walau apapun dugaan yang menimpa kita.

Apabila kita sedar kesalahan tu, cepat-cepatlah minta maaf, menyatakan rasa kesal dan menyesal tu. Hmmm,.. aku sedar, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang walau apapun yang kita buat. Oleh itu. apapun yang kita nak lakukan, buatlah kerana ALLAH. Sebelum melakukan sesuatu niatlah kerana ALLAH dan tanya pada diri sendiri, sama ada apa yang kita buat ni ALLAH suka ataupun tak? Janganlah mencari redha manusia semata dan tinggalkan redha ALLAH. Haa yang tu tak bagus. Tanya diri, What is the purpose of life actually?

Ok, berbalik pada tajuk, so, kalau nak dapat kawan yang baik kita mesti jadi kawan yang terbaik dulu. Untuk menjadi kawan yang baik tu, kita doakan yang terbaik untuk kawan kita. Walau macam mana nakal pun dia, walau dia sering menyakiti hatimu, walau dia sering melukaimu, doakanlah yang terbaik.

Yang kedua, kalau nak dapat kawan yang jujur, kita mesti jujur juga barulah adil. We really needs honesty in a relationship so that the relationship will sustain forever insya ALLAH. Lepas tu, kita mesti saling mempercayai. Yalah kan kadang-kadang tu ada orang lain yang jelous dengan hubungan kita dengan kawan sebab kita terlalu rapat. Sometimes those people akan memfitnah dan menunjukkan sikap talam dua muka or hypocrite untuk memecah belahkan hubungan kita dengan kawan baik. But it's ok, selagi kita meletakkan rasa percaya yang tinggi pada kawan baik kita, then that problem will easily be settle. Kalau nak lagi terbaik, kita maafkan lah orang yang dah buat fitnah ke atas kita dan doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia berubah menjadi hamba ALLAH yang baik dan berakhlak mulia aameen.

Ok lah, I think that's all for today. Penatlah nak menaip haha. :P (Nampak kan kemalasannya disitu) Harap Maaf Kesulitan Amat Dikesali. Huhu...

Tuesday, March 5, 2013

TOLONG FAHAMI SAYA...!

Assalamualaikum,


“aku seorang wanita yang mungkin di luar nampak kuat kerana manisnya senyuman yang aku ukirkan setiap masa namun pada realitinya aku adalah hamba Allah yang lemah..setiap penderitaan dalam diriku hanya Allah yang tahu..betapa sakitnya hati,sebak dadaku melihat apa yang sedang terjadi dengan dunia kini..semuanya kembali semula ke zaman jahiliyah.. aku hanya berharap pada Allah agar Dia memberikan aku kekuatan untuk teruskan kehidupan yang semakin hari semakin merunsingkan aku..ya Allah ampunilah aku..aku tak layak kata macam tu..tapi aku tak mahu untuk terus tipu diri sendiri..itu bukan diriku..inilah realiti yang harus aku hadapi sepanjang kehidupanku..hampir setiap masa Allah mendugaku..ya itu tandanya Allah sayangkan aku..alhamdulillah..kadang-kadang tu aku tersungkur di jalan kerana terasa amat berat ujian yang Allah berikan kepadaku..aku hanya mampu bangkit dengan adanya keyakinan..ya keyakinan bahawa Allah ingin membantu aku dalam meniti kehidupan..untuk menenangkan hatiku sendiri,aku meluahkan semuanya dalam bibit doa dan alunan ayat-ayat cinta dari Nya iaitu al Quran..setiap ayat dan baris aku meneliti maksudnya ya Allah betapa indahnya dan betapa tenangnya di saat itu.. selepas aku membaca al Quran,aku sambung mencari ilmu dalam sebuah buku yang bertajuk penenang jiwa hasil karya Imam Al Ghazali yang telah diterjemahkan..mataku tajam merenung potongan ayat cinta dari Allah yang berbunyi : Allah tidak akan membebani seseorang di luar batasan dan kemampuan hambaNya..

Ya Allah aku merasakan aku seperti tidak ikhlas menerima ujian yang ditimpakan sebelum ini sebab setiap kali Allah duga aku,aku mesti mengeluh..sedangkan itulah yang terbaik untuk aku rasakan..astagfirullahalazim..ya Allah maafkan aku..jahilnya aku sampai mata hatiku dibutakan dengan begitu senang..aku hanya memandang pada luaran ujian..aku lupa tentang kemanisan yang Allah akan berikan kepada aku setelah aku berjaya menempuh ujian itu..aku lupa..sejak hari itu aku cuba untuk berusaha untuk memahami dengan menerima semuanya dengan hati yang ikhlas..aku nak tahu apa itu erti kemanisan dalam kepahitan..hari demi hari kehidupanku beransur pulih dan jiwaku semakin hari semakin tenang..kerana Allah tidak mahu aku terlalu lalai, Allah menduga aku lagi..orang-orang di sekelilingku mengecewakan hatiku..ya Allah kuatkan aku menghadapinya..rasa sakit kerana kasih sayang itu tercalar..orang mempermainkan perasaan aku..aku terduduk dan hanya mampu mendiamkan diri..dek kerana tak nak orang lain nampak aku sedih,aku cuba untuk menjadi diri orang lain semata-mata untuk menceriakan orang lain sedangkan dalam diri aku sendiri terlalu banyak kepahitan yang aku pendam ..tak tahu kenapa aku lebih pentingkan perasaan orang lain daripada perasaan sendiri..kerana terlalu lama menjadi diri orang lain,aku mula tak mengenali diri sendiri lagi..setiap malam aku menangis dan memohon padaNya agar aku mampu kenali semula diri aku..mencari sesuatu yang hilang dalam diri setelah beberapa tahun aku bukan jadi diri sendiri..serius susah sangat..macam-macam benda yang terpaksa aku redah untuk aku balik pada diri aku yang asal..penat jadi diri orang lain..aku cuba mendapatkan nasihat dari sahabat-sahabatku..


 “ awak pergilah menyepi seketika..insyaAllah awak akan temui apa yang awak cari..keadaan kat sini tak sesuai untuk awak mencari kembali apa yang hilang dalam diri awak..malah jika awak terus ada di sini akan membuatkan awak makin jadi orang lain..sifat awak yang terlalu mementingkan perasaan orang lain tu yang mengundang awak jadi macam ni..awak perasaan awak sendiri pun perlu di ambil berat..jangan hanya perasaan orang lain je awak titkberatkan..” kata sahabatku..


 aku hanya mampu menjawab “bukan apa,saya tak kisah kalau saya selalu menangis sebab tak difahami orang tapi saya tak nak orang lain menangis dan cakap kat saya yang saya tak memahami mereka..”

“ awak ada ketika kita perlu berterus terang..jangan terlalu layan dan mudah tergoda dengan perhatian orang..awak buatlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri awak dan orang lain..bukankah itu lebih baik? Kadang-kadang mengungkapkan kebenaran itu pahit tapi pada akhirnya kelak awak akan dapat merasai kemanisan yang tak terhingga..percaya lah awak..cukuplah awak menagih perhatian dari Allah.. Dia tahu apa yang terbaik untuk awak..” balas  sahabatku..

“ baiklah awak..kalau macam tu saya akan pergi menyepi..”sapa aku kembali..

“ semoga Allah mempertemukan awak dengan apa yang cari selama ni..saya doakan awak..pesan saya satu je..tika awak berusaha mencari,jangan berputus asa..teruskan walaupun adanya halangan sekuat mana pun yang akan datang pada awak..mungkin kita tak mampu menjadi setabah Siti Hajar dan Sumaiyah tapi kita harus mencontohi seperti mereka,tegar dalam menghadapi dugaan dari Allah..yakinkan diri awak ye..” pesan sahabatku..
“ baiklah awak..terima kasih untuk segalanya.”

Aku pergi ke suatu tempat yang amat tenang..hari demi hari apa yang aku cari kini mula muncul di hadapanku..walaupun aku masih belum mampu menggapainya namun aku tetap mengejarnya dengan pengharapan kepada Allah agar segera di pertemukan aku dengan diri ku semula..ya Allah terima kasih..kini Allah masih membantu aku dalam usahaku mengenali diri aku yang sebenarnya..Allah menganugerahkan seseorang yang datang untuk memberikan aku semangat di saat aku jatuh tersungkur..Allah menceriakan hari-hariku dengan adanya kehadiran dia..ya Allah terima kasih.. kini aku temui dan aku bersyukur kerana Allah kurniakan apa yang aku kehendaki..kehidupan aku sebagai seorang muslimah dan mujahidin telah tercapai..ilmu yang aku miliki masih sedikit..tak mengapa aku akan teruskan usaha aku untuk mencari,menimba,mengamalkan dan berkongsi bersama sahabat-sahabat aku..insyaAllah..aku bahagia dengan apa yang aku dapat pada hari ini..aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana masih memberikan aku kesempatan untuk aku menjadi seorang muslimah yang sangat menjaga titipan anugerah dari Nya..walaupun pada mulanya sangat sukar namun sedikit makin sedikit kesusahan untuk sudah sebati dalam diriku.. :D

Ini memang realiti yang pernah aku sendiri alami..aku belajar banyak benda tentang memahami dan untuk difahami..memahami orang lain tu perlu tapi jangan sampai kita menipu diri sendiri..ungkapkan kebenaran walaupun ia terasa pahit untuk di katakana mahupun di dengari..kepada kaum hawa di luar sana..jaga diri kalian sebaik yang mungkin..sifat perempuan yang sangat suka dan menginginkan perhatian(difahami) lebih-lebih lagi dari orang kita sayang itu memang tak lekang..betul tak? Tapi hati-hati dan pelihara hati dan perasaan kalian sebaik baiknya ye...jangan menyesal di hari kemudian sudah..ok? sekian..”