Saturday, November 12, 2011

KASIHKU BUATMU...!!!

"Ya Allah, sungguh dengan mengingati kebesaran-Mu, hati ini lebih tenang, terima kasih Allah. Sayangilah aku, cintailah aku, seperti mana Kau menyayangi umat-umat Mu yang terdahulu sebelumku.. amin.."
 
 Ya ALLAH, betulkan? apa yang Fawziyah buat ni???  Fawziyah sayang dia, Fawziyah doakan dia walaupun Fawziyah tahu dia suka pada orang lain. Tapi, Fawziyah cemburu ya ALLAH. tolong maafkan Fawziyah atas perasaan ini. 

ALLAH cakap, apabila kita menyayangi seseorang kita mesti doakan kebahagiaan dia, betul tak? Dengan nama ALLAH Fawziyah sentiasa mendoakan kebahagiaan dia dunia akhirat.
 
Tak mengapalah ALLAH, biarpun hati  ini sakit dan pedih, Fawziyah tetap akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia. Semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya. Semoga dia berbahagia dunia akhirat.

Y a ALLAH, berilah aku seseorang yang lebih baik dari dia. ya ALLAH, apa yang telah kau kurniakan kepadaku dari apa yang aku senangi, maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dalam hal yang kau senangi. ya ALLAH, apa yang telah kau hindarkan dariku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia lorongan bagiku dalam hal yang kau senangi.

Ya ALLAH, Fawziyah merayu dengan kalimah LAILAHAILALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH. Aku merayu makbulkanlah hajatku zahir dan batin. Aku merayu ampunilah segala dosaku baik sengaja ataupun tidak. baik besar mahupun kecil. YA ALLAH, aku merayu luluskanlah aku dengan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM dengan mendapat 9A+. 

Ya ALLAH, tiada apa yang aku inginkan melainkan melihat senyuman dan air mata gembira yang terbit dari tubir mata ibu dan abah apabila melihat kejayaanku. Ya ALLAH, tiada apa yang menggembirakan aku melainkan kau gembira dengan setiap perlakuanku. Ya ALLAH tiada apa yang membahagiakan aku, melainkan melihat orang-orang yang aku sayang tersenyum kebahagiaan. 

Maafkan diri ini wahai ALLAH, Fawziyah tidak dapat menahan air mata daripada melimpah keluar dari kolamnya. Fawziyah reda dengan ketentuan-Mu. Sesungguhnya, KAU lebih mengetahui apa yang terbaik buatku. :)  Maafkan diri ini wahai ALLAH. 

Fawziyah tahu, sudah terlalu jauh Fawziyah pergi dari landasan-Mu. Namun, Fawziyah akui, setiap hari yang berlalu bagaikan hambar dan kaku. jiwa ini terasa kosong tanpa kehadiran-Mu. Hari demi hari, Fawziyah cuba mengenal diri ini kembali. Kerana Fawziyah seperti tidak mengetahui siapa  diri ini lagi. Fawziyah bukan Fawziyah yang dulu lagi. 

Tiap hari, ada sahaja titik hitam yang menodai hati ini, kerana sering melakukan kesilapan, tanpa rasa takut dan jemu. Pasti hitamnya hati ini lebih hitam daripada minyak petrol yang diisi oleh abah ke dalam tangki keretanya. Hati ini dipagut kegelisahan bagai tiada henti. 

Kadang kala terdetik dalam hati ini soalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya. Masihkah ALLAH menyayangiku??? cemburukah ALLAH padaku kerana aku menyimpan perasaan sayang ini kepada dia walaupun sayang ini tidak berbalas??? 
Ya aku sayang dia, tapi, aku hanya mampu memendam rasa sayang ini dalam hati. Aku perlu berhadapan dengannya tanpa dia mengetahui bahawa aku menyayanginya. Memang terasa sungguh perit dan pedih.tapi, apa bisa kukatakan seandainya ini yang terbaik buat aku dan dia. semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya. Ya ALLAH tabahkan hati ini dalam menempuh ranjau kehidupan bagai tiada noktahnya. simbahilah hati ini dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. aameen Ya Rabbal Alamin.

::A cry of a hopeful soul ::

O Allah ! How can I ask you for any favours knowing how ...DISOBEDIENT I am,But how can I not ask you for anything knowing how GENEROUS you are??


No comments:

Post a Comment