Monday, January 6, 2014

JANJI ALLAH...

Tidak aku punya walau sekeping gambar,
Hanya yang aku ada,
hanyalah picisan kenangan bersama.
Tidak aku hubungi walau di alam maya,
namun, ku hubung hatimu dengan tali-tali ALLAH.
Andaiku rindu,
istighfarku pendinding jiwa.
Menahan diri dari mencintaimu melebihi ALLAH.


Ada kasih sayang yang tak terzahir,
ada rasa cinta yang tak mampu dilafaz...
namun, masih ada doa yang tak pernah putus dikirim.
Diciptakan doa agar aku boleh mencintaimu dari kejauhan,
kerana mendekat belum tentu membaikkan iman.

Bismillahirrahmanirrahim...

ya ALLAH aku mohon ampun atas segala kesilapanku sama ada sengaja ataupun tidak. Aku tahu dan aku yakin pada janjimu ALLAH. Aku sangat yakin bahawa Kau tidak pernah memungkiri janji dan akan mengabulkan setiap permohonan hamba-Nya.

"Mohonlah pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang bersabar." :) ALLAH aku mohon perlindungan-Mu daripada rasa lemah dan putus asa dari rahmat-Mu. Yakinkanlah aku bahawa aturan-Mu adalah yang terbaik untuk hidupku.

ALLAH, you are the reason for me to move on.


ALLAH tak makbulkan bukan bererti ALLAH tak sayang, tapi ALLAH sedang menguji imanmu sayang. Sabarlah, wahai adindaku Fatimah Fawziyah. Mungkin betul kata abah, Fawziyah masih belum mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tapak iman pun masih belum kukuh. Namun, salahkah Fawziyah andai mahu berubah menjadi solehah?

Abah kata, abah tak nak Fawziyah jadi lemah apabila pakai purdah kerana ujian diluar sana amat sukar dilalui. Memanglah betul apa yang abah kata tapi abah, hakikatnya abah belum kenal anak abah sepenuhnya. Abah tak yakin pada kemampuan Fawziyah dari dulu sampai sekarang. Sebab abah asyik fikir bahawa Fawziyah tak tahu menjaga diri dan fikiran (belum matang). Tidak abah. Abah silap. Dah banyak perkara yang Fawziyah fikirkan...daripada sekecil-kecil kuman sampai ke besar-besar gajah Fawziyah fikirkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan.

Fawziyah pandai dalam menilai yang mana baik dan buruk abah. Fawziyah dah baligh. Fawziyah tahu abah takkan pernah setuju kalau Fawziyah bahas tentang ni dekat abah. Oleh kerana itu, Fawziyah hanya mendiamkan diri daripada berlawan dengan sikap ego abah. Fawziyah kenal perangai abah, abah tak suka kalau pendapat abah dibalas orang lain. Abah kalau boleh sekiranya sudah berpegang pada pendapat tu....pendapat orang lain amat sukar untuk menukar persepsi abah. ALLAHuakhbar.

Oleh itu, aku lebih gemar mendiamkan diri saat abah mengeluarkan pendapatnya walaupun aku tak berapa setuju. Aku sedar bahawa dia seorang abah...dan aku hanyalah seorang anak...jadi untuk apa aku bertekak dan mempertahankan hak andai itu hanya membuatkan aku dilabel sebagai anak derhaka? Selagi tak melanggar hukum ALLAH...so just chill, baby. Don't take it hard ok.

Lagipun, memakai purdah tu hanyalah sunnah. yang wajibkan hormat pada ibu abah. Jadi, kalau ibu abah tak izinkan...tak payahlah buat. Jangan nak tambah dosa! Dosa yang ada pun tak tertanggung. Ikut je lah apa ibu abah kata. Tak rugipun. ;)

Cuma Fawziyah tak berapa gemarlah bila abah menyindir dengan nada sarkastik. Cehh... sabar je la. inilah dugaan namanya. Jadi Fawziyah perlu bertahan. Setakat kena sindir sikit Fawziyah tak makan samanlah. Fawziyah makan nasi dengan satay je. Fawziyah sedar sebenarnya abah nak kata yang Fawziyah belum solehah, jadi jangan berangan nak pakai purdah. Jaga akhlak dulu, jaga tingkah laku. Hmmm...yelah tu abah. Hakikatnya tak salahpun kan nak pakai purdah kalau dengan memakai purdah kita lebih alert untuk jaga tingkah laku kita dan sentiasa beringat. Lagipun mana ada orang solehah nak mengaku diri solehah. Tu hipokrit namanya. Sedangkan orang yang betul2 solehah pun tak tahu yang diri dia tu solehah.

Biarlah, mungkin ALLAH belum benarkan Fawziyah berpurdah. apapun Fawziyah hormat keputusan abah. Biar Fawziyah pendam hasrat tu dalam lubuk hati. Sesungguhnya ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui bila saatnya Fawziyah layak berpurdah. Apabila hari itu tiba...semoga bahagia menjadi nyata.
Wassalam.

ALLAH is the reason for me to move on. ALLAHUAKHBAR!