Tidak semena-mena hati ini di pagut rasa sayu, rasa rindu, rasa takut, kepada ALLAH, tuhan yang maha esa. Sesungguhnya diri ini telah banyak melanggar perintahmu, kerana jahil tanpa ilmumu. untuk beberapa ketika, diri ini rasa kosong, aku tercari-cari dimana sinar nur-Mu menghilang dari hatiku. tergapai aku seketika mencari dan menagih kasih-Mu ya ALLAH. Terasa seperti sampan yang aku dayung di pukul ombak kuat bak tsunami, hinggakan aku tidak mampu berdayung ke tepian lagi.
Setitis air mata jatuh dari tubir mataku, menambahkan lagi rasa kehambaanku pada-Mu ya ALLAH. semalam, kata-kata umi benar-benar memberi rasa keinsafan yang mendalam ke dalam lubuk hatiku. Terasa betapa berdosa dan betapa kerdilnya aku dihadapan tuhanku. Aku terlalu mengagung-agungkan cinta kepada manusia di dunia ini lebih dari mencintai nabi Muhammad S.A.W. mengapa perkara begitu bisa terjadi dalam hati ini? di manakah rasa kasih sayang yang mendalam yang pernah ibu bapa aku pupuk sedari aku kecil supaya mencintai ALLAH dan rasul-Nya? aku benar-benar rasa berdosa.
Secara tiba-tiba terbit satu rasa rindu aku kepada ALLAH, secara tidak langsung aku kembali jatuh cinta kepada Rasulullah, apabila mendengar nasihat yang umi berikan semalam, tatkala mendengar pengorbanan dan rasa cinta nabi Muhammad S.A.W. terhadap umatnya. Aku bagai tersedar dari lena yang panjang. Tersentap hati ini bahawa aku hanya hidup di dunia ini untuk sementara. Sejak akhir-akhir ini, aku akui, jiwa aku kosong. aku tercari-cari dimana silapnya aku. aku tertunggu-tunggu rasa rindu yang selalunya terbit dalam sanubariku. namun, kadangkala aku hampa, apabila aku tidak dapat merasainya lagi.
Seringkali, aku menangis memikirkan, adakah ALLAH tidak mencintai aku lagi? mengapa aku semakin berjauhan dengan ALLAH? untuk kesekian kali, hati ini begitu memberontak menagih kasih ALLAH. Aku begitu merindui kasih ALLAH yang semakin menghilang dalam diri ini. Bergetar jiwa ini apabila mengenangkan dosa lalu. adakah hati ini telah terlalu hitam dan menyebabkan ALLAH berjauhan dariku? acap kali aku muhasabah diri. Aku sangat takut akan kehilangan cinta ALLAH dari hati ini. Dimana bisa aku dapatkan kembali ya ALLAH? Bagaimana aku bisa harungi kehidupan yang serba mencabar di dunia ini, tanpa cinta-Mu ALLAH? aku sangat takut sekiranya kau berjauhan denganku.
Tak sanggup aku bayangkan, hidup ini tanpa kehadiran cinta-Mu ALLAH.
Tetapi, semenjak semalam, jiwa ini begitu terusik dengan nasihat umi, tangkai hati ini benar-benar terusik apabila membaca blog seorang pelajar SMKTA iaitu www.warkah seorang hamba.blogspot.com. Untaian kata beliau amat menusuk ke dalam kalbu seorang hamba yang hina ini.
MAAFKAN AKU YA ALLAH!!! ucapan ini yang sering bemain di dalam hati dan mindaku.
Diri ini, benar-benar tersasar jauh dari landasanmu. Aku rela melupakan dan meninggalkan laranganmu demi menagih kembali cinta-Mu , dan rasul-Mu, Ya ALLAH. Insya ALLAH. Namun, aku tak rela hidup dalam kekosongan tanpa Nur cahaya Mu. Aku benar-benar rindu akan wangian harum kasih sayang-Mu.
ALLAH,
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu, Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu, Tapi aku tidak mengerti, Mengapa cinta masih tak hadir. Tapi aku tidak mengerti, Mengapa rindu belum berbunga...
Sesungguhnya walau ku kutip, Semua permata di dasar lautan. Sesungguhnya walau ku siram, Dengan air hujan dari tujuh langit Mu. Namun cinta tak kan hadir, Namun rindu takkan berbunga...
Ku cuba menghulurkan, Sebuah hadiah kepada Mu. Tapi mungkin kerana isinya, Tidak sempurna tiada seri.
Ku cuba menyiramnya, Agar tumbuh dan berbunga. Tapi mungkin kerana airnya, Tidak sesegar telaga kauthar.
Jika aku tidak mengharap rahmat Mu, Jika aku tidak menagih simpati....
Pada Mu ya Allah, Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku...Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu.
Moga ku tahu, Syukur ku hanyalah untuk Mu...
wallahua'alam bisawab...